Monday, August 16, 2010

:: DIAM-DIAM SUDAH!! ::

OK..sila diam semasa baca entri kali ini..
mulut jangan mengomel dan menceceh..

pernah dengar pepatah
"diam-diam ubi berisi, bising-bising tin rupanya kosong"

kui..kui..kui (kenapa entah orang selalu tulis kalau gelak camni)
okai..seterettodepoint..
Tidak lebih dan tidak kurang dengan pepatah diatas..bukan lah nak mengomel tentang ubi yang banyak isi sedap dimakan dengan sambal tumis..juga bukan mahu mengomel tentang tin kosong kalau bertakung air boleh biakkan nyamuk aedes..

mahu mengomel tentang..orang yang diam selalunya lebih banyak fakta dan lebih banyak tahu berbanding dengan orang yang selalu *pom*pom*pom cakap banyak tapi ptuiiii sedikit sahaja sebenarnya yang diorg tau..~huh

Orang yang tidak berapa tau selalunya akan berhempas pulas cuba membina ayat penyata untuk mengukuhkan fakta walhal sebenarnya dia tak banyak fakta..
Orang yang banyak fakta selalunya akan diam buat-buat tak tau jer..sebab dia dalam hati tergelak dengan kedunguan "Tin" yang bising tapi sebenarnya tak tau apa-apa..

maka kepada semua ..
tepuk dada tanyalah selera pilih antara dua..mahu jadi tin yang bising dan bole biakkan nyamuk aedes..atau ubi yang gebu dan montok serta sedap direbus dan dimakan ketika waktu hujan..

Thursday, July 22, 2010

:: can't hardly wait!! ::


"cepatlah sayang..saya sungguh tidak sabar "


......................



" cepatlah keluar...saya sungguh tidak dapat menahan.."



.........................


"Gembiranya hati..akhirnya.........."










"Akhirnya..penantian setelah beberapa purnama..penantian ini terhasil jua "










"bukti cinta suci suami dan saya..."









"akhirnya.................."





(oh no!feelings yang terasa seperti nak menitis air mata..rasanya ingin ku khabarkan satu dunia)
...............................







Dengarlah kamu semua!!

Hydrangea saya akhirnya berbunga untuk kali yang kedua!!! yes!!
owh ya!! inilah lambang cinta saya dan suami..Hydrangea ni dibelikan oleh suami untuk saya..dan oh nooo!! i did it sayang!! akhirnya..si cantik ini berbunga lagi...

itulah sebenarnya yang ingin ku canangkan!! bahahahahahahhahah~hamboi..sakan aku ketawa..tee..hehhehehe ("~")






P/S : birthday ibu around the corner aje nie..nak beli ape yer? owh..mungkin sepasu roses dan cupcakes buatan sendiri sudah cukup menawan~

























































Monday, July 12, 2010

:: Sudah jadi seperti asal ::

Salam..
keadaan semakin kembali seperti biasa..dimana saya kini sudah mula mengantuk sebelum pukul 12 dan tak perlu nak kunci alarm clock pukul 2.30 pagi untuk hanya untuk menonton orang mengejar bola..

Ok, Marilah kawan-kawan dengar saya bercerita ok!!
last 2 weeks, husband cinta hati saya telah ditimpa satu kemalangan..
dimana dia telah dilanggar oleh sebuah gen2 kaler merah+oren (oleh kerana itu, setiap kali nampak gen2 kaler merah+oren rasa macam nak toreh2 dan calarkan~begitu emosi!)..dan kaki kanan (femur) patah dan kini dia semakin stabil berada dirumah bersama saya..
tiada sepatah perkataan yang mampu saya luahkan ketika itu..namun saya masih bersyukur kerana saya hanya diduga dengan dugaan yang kecil dan sangat bersyukur kerana "pelengkap hidup" saya itu masih lagi diberi peluang untuk menyayangi saya..
~euw..begitu touching sekali cerita saya~


(kasihan~kaki kena bungkus..jadi besar macam robot)

Itu sudah berlalu..
dan keadaan itu memberi hikmah kerana kami dapat meluangkan masa together-gether dirumah bermanja-manja extra (~auwww!!) dan menonton cawan dunia bersama-sama..
dan semalam..dengan penuh perasaan bangganya suami saya sebab spain menang dan memang tak masuk akal bila dia mula melonjak-lonjak atas katil..(hairan dan musykil..hurm tak sakit pulak yer kaki tu semalam..)


(yeahh..kita menang!! ~suka sangat lah kamu Torres!!: nasib comel)

semenjak England pasukan bucuk-bucuk masham yang saya sokong telah balik dengan awal..maka saya dengan rasminya telah menyertai kumpulan lalang..dan telah menjadi lalang yang ditiup angin ribut taufan..sekejap sokong group itu..dan kemudian sokong group yang itu pulak..tidak mengapa..saya redha..

(malu-malu, kuku malu..cepat tutup muka dengan baju!!kita menang ehh..kalah)

itulah..rasa sangat seronok kerana dapat menghabiskan masa dirumah menonton bola bersama suami yang patah kaki (hah!!) dan mungkin cawan dunia 4 tahun lagi akan ada tambahan ahli keluarga yang akan sama-sama melonjak dan menjerit GOLL!!!! hahahahaha~

dan kini keadaan telah menjadi seperti biasa..dimana channel tv tidak berada di channel 805 mahupun tengok jadual cawan dunia di 810..channel tv sentiasa berada di saluran 106 (~tee..hehee)

baiklah..saya mahu turut serta suami yang sedang enak diulit mimpi..
something to share..
ini mungkin tidak elok untuk tatapan budak bawah umur..
sila bukak beg duit dan tengok ic..kot-kot tetiba belum cukup umur..~tehehehehe
adios!!


untuk elak kejadian yang tidak diingini-isteri sila jangan pakai panties corak bola masa musim cawan dunia..kot-kot suami luar sedar..tehehehe

Monday, June 21, 2010

:: SEBULAN HANYA SEKALI ::

Sebulan hanya sekali..
kesian dah aku tgk belog aku nie..
maaflah yer..saya terlalu sibuk kebelakangan dan kedepan kini..

sejak menjak menjadi suri rumah selama setahun..
baru 3 minggu aku dah sakit jantung..
cuaca sungguh tidak menentu..
sekejap cerah sekejap lagi mendung berarak..
hari-hari aku akan jadik kelam kabut menjengah ke tingkap..
bila akak jiran sebelah ni menjerit
" along!!! tolong mama angkat baju..nak hujan"
tapi bila aku jengah tingkap..tak ada pun air hujan yang menitik..
baru nak mula-mula ribut manja..
biasalah aku..tunggu hujan dah merembes baru nak terhegeh-hegeh..
larat ke kak oii..nak keluar masuk angkat baju!!
tapi bagus jugak dapat jiran macam akak sebelah ni..
jeritan sepelaung bagai..umpama siren amaran..
aku ingat memang satu desa latania ni boleh dengar..

Sebenanrnya banyak benda nak cerita..
tapi cerita yng banyak akan jadi tidak menarik dan begitu bosan andai tiada pengolahan yang ceria..

baiklah hingga setakat ini..
bulan depan saya update lagi yer..hahhah

Monday, May 10, 2010

:: DALAM HATI ADA BENANG ::


kecantikan adalah hak milik setiap insan
walau sedih..tetap mahu pakai eye liner ~sila rujuk gambar


Merujuk kepada gambar diatas..



jelas nyata bahawa :dalam hati ada benang:



untuk menghuraikan benang yang tersimpul..



kita perlu sabar..



tapi saya bukan dari golongan yang sabar..



tapi belajar bersabar demi orang lain..





ibu kata : "jaga hati yang lain..kalau tidak dibayar cash masa didunia..akan dapat ganjaran di akhirat sana"



dalam hati aku pulak kata : "eh..takde cash pun tak apa..sebab debit card kan ada"



Blog adalah terapi minda dan hati semasa gembira+cemas+resah dan gelisah..



Sekian sahaja kali ini.harap jumpa di lain hari







p/s: ibu aktif fb skrg..tup..tup tgk dia bukak blog jugak pasni..

Wednesday, May 5, 2010

Kucing emosi



Salam untuk semua..
kita perlu memberikan ucapan salam sebagai pembuka bicara
::cukup berlian!! jgn kau nak meraban ~


baiklah rakan-rakan..
saya kini punya banyak masa lapang..
namun masa lapang yang banyak masih belum dapat menampung kehendak hati yang sentiasa melonjak-lonjak dan terkinja-kinja mahu buat itu dan ini..

umpama kata-kata suami yang selalu dengki
" yyg nie gelojoh la, cubalah bersabar "..oops..jangan menyimpang kearah lain wahai pembaca..

Bila pulang dari tempat mencari rezeki waktu petang..
dalam hati yang sentiasa ada taman..selalu merancang untuk buat itu dan ini..
tapi..BERJAYA SENTIASA kerana lantaran emosi menonton ADAMAYA membuatkan aku rasa nak baling alat kawalan jauh televisyen ke muka MAYA yang patut direjam dengan batu sebab sengal dan tidak matang kerana sanggup curang dengan suami yang baik+kacak+kaya+anak orang kaya+juga memandu Harrier
~fuhh..emosi sungguh aku dengan drama yang sungguh drama ini





~kucing emosi nak giget maya sebab curang dengan adam ~

tapi selalu senyum sendiri..
bila dengar OST adamaya ni..teringat suami yang telah mendedikasi lagu ini dalam bukumuka kepada isterinya yang jelita ini..
"Yayang pun ada lagu nak dedidakasi juga untuk hubby"
dengar ya.


"bila izrail..datang memanggil.."
~bergurau sahaja..h

Hari-hari google cari resepi kek dan pelbagai..
beli barang-barang kek pelbagai..
siap dengan icing dan bunga-bunga for cake decoration pelbagai..
tapi langsung tak ada kepelbagaian..


itulah manusia..
ke aku je yg macam ni? ~bertanya sendiri didalam hati~
selalunya..bila ada masa lapang..
diisi dengan perkara yang berfaedah tidak berfaedah..
biarpun sebenarnya dan sebenarnya (~yuna pinjam tajuk lagu yer) kerja yang banyak menanti tapi tetap mahu tunggu tarikh luput untuk mahu siapkan.
seperti kata pepatah " mahu tercirit baru terhegeh-hegeh mencari tandas"

sekian sahaja nasihat kali ini..
moga berjumpa di lain entri


:rasa seperti mahu kahwin lagi~ngee

Sunday, April 11, 2010

:: KENANGAN HINGUSAN ::

Salam untuk semua..
ahh..lapar..
owh saya kini sedang berperang untuk melawan nafsu makan..
gigih berperang untuk melawan perasaan untuk makan..makan dan makan lagi setiap masa..
dan selalunya saya akan kalah..tapi hari ini tidak lagi (begitu tinggi semangat!!) kerana saya sudah buat keputusan untuk tidak makan dengan cara update blog supaya masa yang digunakan untuk sentiasa makan..saya tidak makan.
(Haahah..cuba korang semua kira berapa banyak perkataan makan? ooohh..menaip perkataan makan membuatkan saya rasa betul-betul nak makan)

ok..sambil berperang..saya teringat memori silam sewaktu kecil..
entah kenapa dulu semasa proses menginjak dewasa..saya sangat kurus..juga boleh termasuk dalam kategori huduh!!
dulu saya hitam (sekarang ni sedikit cerah), terlalu kurus , bercermin mata (saya memakai cermin mata seawal darjah enam..memang sengaja tengok tv dekat-dekat supaya rabun sebab dalam pikiran masa tu pemakaian cermin mata menyebabkan seseorang nampak~ educated dan pandai )..

Tiba-tiba..dammiiit!!!!
teringat dulu yang begitu kurus..mengapa kini bertukar saiz?
ceh..ini semua kerana perubahan gaya pemakanan yang tidak teratur lantaran terlalu sibuk semasa berada di universita (tipuu!! kau jangan bagi alasan~berkata sendiri)


aisehh!! tiba-tiba dengan tidak semena-mena aku teringat mee siput makcik depan sekolah menengah yang aku selalu beli lepas balik sekolah..

tersenyum sendiri..
teringat dulu-dulu..waktu usia kanak-kanak sekolah rendah..dimana aku selalu beli mee siput letak sambal tumis ikan bilis..makan sebelum masuk kelas sekolah agama, tiba-tiba loceng sekolah bunyi menandakan kelas akan bermula..ohh mann!! tak sempat nak habis, terpaksa simpan saki baki mee siput lengkap kuah sambal tumis dalam kocek.. bila balik ibu marah-marah sebab kesan minyak sambal tumis dalam kocek baju kurung susah nak hilang
(kalaulah masa tuh dah ada iklan sabun breeze " biar terkena kotoran demi pengalaman" mesti aku tak kena marah )

maaflah..
sekali lagi aku gagal..

kini pelbagai menu berada di fikiran..

sudah tidak sabar..bye!!!!



p/s : kalau ini adalah karangan untuk peperiksaan sekolah..mesti aku dapat markah rendah sebab karangan tak de isi...hahahahah

Saturday, March 20, 2010

:: Soalan Lazim ::

Salam..
1st of all..saya disini dengan penuh rasa terharu dari hati mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua yang telah mengingati hari jadi saya disamping
doa-doa dan harapan yang tinggi..

merujuk kepada perkara diatas
(tolonglah pn berlian..tukar format ayat yg bosan ini)
ok..doa2 dan harapan semasa hari jadi 99.9999% menjerumus kepada moga saya mendapat baby cepat2..tidak kurang juga yang menggunakan ayat cepat2 lekat..and so on.
tidak kurang juga yang call..tanpa mengucap salam dan sempat bertanya khabar..ayat pertama yang keluar "ada apa2 berita gembira ke?"..

Emph..apa ayat yang patut ada sekarang ini sejajar dengan perasaan saya..
saya baru berkahwin belum sampai 3 bulan..
saya perlu masa untuk bermanja-manja dengan sang suami..
ini tidak bermakna saya merancang..

Kalaulah perkara diatas semudah saya dapat dengan cara beli di kedai..
sekarang jugak saya pergi ke kedai..beli sepasang baby bermata biru..berkulit putih..berambut hitam dan ikal..
ceh..berkulit putih bagai..kulit gerhana ada hati nak baby berkulit putih..

mujur saya tidak mudah tertekan dengan segala pertanyaan..
saya sekarang masih lagi dalam mood honeymoon dengan sang suami..

manusia hanya mampu merancang...tuhan yang tentukan..

:: ok..nak buat tag yang k.sha bg..tapi macam malas sebab hujung minggu patut bagi lebih tumpuan pada suami ::

Thursday, February 25, 2010

:: seribu kata ::

aku mungkin diam bila sedih..senyum bila suka..ketawa bila gembira..

ini memang aku..
tapi still ada orang tanya..pernah ke aku diam?
hahahahha..aku memang kuat bercakap..benda yang aku tak perlu cakap pun..kadang-kadang aku cakap..

tapi tak semestinya aku sentiasa bercakap aku tak pernah rasa sedih..
aku ni ada hati tau..hati aku sama macam hati kamu-kamu semua..
maka ini memberi maksud hati aku bukan dibina daripada konkrit keras mahupun besi yang tak mudah rapuh mahupun retak..

hati aku mungkin aku boleh umpama sebagai kaca..yang lutsinar dan sentiasa bersinar
(maknanya aku ni berhati suci~)
hati aku umpama kaca yang senang tercalar..tapi hati aku yang tercalar susah hendak dikesan..kerana hati aku umpama kaca..

baiklah..betul-betul banyak pening dengan hati yang umpama kaca..

oleh kerana hati saya umpama kaca..maka tidak bermakna hati saya mudah digilap menggunakan glass cleaner..

oklah..saya hanya cuba untuk menyuarakan dan menjawab persoalan seorang teman yang bertanya pernah ke saya bersedih...teman..aku ini hanyalah insan kerdil yang punya hati biarpun umpama kaca...

Monday, February 8, 2010

:: All New ::



Salam..
sorry..memang mengaku lama dah blog nie terbiar sepi..
anyway..aku kini dengan status baru..status baru yang membuatkan aku lebih terarah kedepan dan lebih tenang..

Semuanya baru..
keadaan cara hidup yang baru..tanggungjawab yang baru..tempat tinggal baru..semuanya baru..
kalau dulu balik kerja boleh terus merayap untuk berjimba-jimba..sekarang tidak lagi..tepat 5.30..terus ketip kad kedatangan..masuk kereta ondaway nak balik dah mula berfikir nak masak apa..
(eheheh..kunun2 nak bagitau yang aku memang rajin masak hari-hari)

Semuanya baru..
yang paling ketara aku noticed lepas bertukar status ini adalah..serius handphone aku senyap sunyi..
kelakar pun ada rasa..serius senyap..aku pun hairan mana pergi orang yang selalu buat handphone aku tuh berbunyi menghilangkan diri.kalau dulu..mana aku pergi..even masuk kitchen pun phone still aku pegang..sekarang nie..balik kerja kalau phone dalam handbag..sampai bila2 lar phone tu akan still kat situ..entahlar..orang kata itu memamg sindrom / penyakit orang perempuan lepas kahwin..

Anyway..nanti kalau sempat aku upload banyak pic kahwin and hneymoon..tengoklah kalau sempat..
(ayat kalau sempat macamlah aku ada anak 10 orang yang perlu aku susukan)



Till then..adios