Thursday, February 25, 2010

:: seribu kata ::

aku mungkin diam bila sedih..senyum bila suka..ketawa bila gembira..

ini memang aku..
tapi still ada orang tanya..pernah ke aku diam?
hahahahha..aku memang kuat bercakap..benda yang aku tak perlu cakap pun..kadang-kadang aku cakap..

tapi tak semestinya aku sentiasa bercakap aku tak pernah rasa sedih..
aku ni ada hati tau..hati aku sama macam hati kamu-kamu semua..
maka ini memberi maksud hati aku bukan dibina daripada konkrit keras mahupun besi yang tak mudah rapuh mahupun retak..

hati aku mungkin aku boleh umpama sebagai kaca..yang lutsinar dan sentiasa bersinar
(maknanya aku ni berhati suci~)
hati aku umpama kaca yang senang tercalar..tapi hati aku yang tercalar susah hendak dikesan..kerana hati aku umpama kaca..

baiklah..betul-betul banyak pening dengan hati yang umpama kaca..

oleh kerana hati saya umpama kaca..maka tidak bermakna hati saya mudah digilap menggunakan glass cleaner..

oklah..saya hanya cuba untuk menyuarakan dan menjawab persoalan seorang teman yang bertanya pernah ke saya bersedih...teman..aku ini hanyalah insan kerdil yang punya hati biarpun umpama kaca...

Monday, February 8, 2010

:: All New ::



Salam..
sorry..memang mengaku lama dah blog nie terbiar sepi..
anyway..aku kini dengan status baru..status baru yang membuatkan aku lebih terarah kedepan dan lebih tenang..

Semuanya baru..
keadaan cara hidup yang baru..tanggungjawab yang baru..tempat tinggal baru..semuanya baru..
kalau dulu balik kerja boleh terus merayap untuk berjimba-jimba..sekarang tidak lagi..tepat 5.30..terus ketip kad kedatangan..masuk kereta ondaway nak balik dah mula berfikir nak masak apa..
(eheheh..kunun2 nak bagitau yang aku memang rajin masak hari-hari)

Semuanya baru..
yang paling ketara aku noticed lepas bertukar status ini adalah..serius handphone aku senyap sunyi..
kelakar pun ada rasa..serius senyap..aku pun hairan mana pergi orang yang selalu buat handphone aku tuh berbunyi menghilangkan diri.kalau dulu..mana aku pergi..even masuk kitchen pun phone still aku pegang..sekarang nie..balik kerja kalau phone dalam handbag..sampai bila2 lar phone tu akan still kat situ..entahlar..orang kata itu memamg sindrom / penyakit orang perempuan lepas kahwin..

Anyway..nanti kalau sempat aku upload banyak pic kahwin and hneymoon..tengoklah kalau sempat..
(ayat kalau sempat macamlah aku ada anak 10 orang yang perlu aku susukan)



Till then..adios