Monday, May 10, 2010

:: DALAM HATI ADA BENANG ::


kecantikan adalah hak milik setiap insan
walau sedih..tetap mahu pakai eye liner ~sila rujuk gambar


Merujuk kepada gambar diatas..



jelas nyata bahawa :dalam hati ada benang:



untuk menghuraikan benang yang tersimpul..



kita perlu sabar..



tapi saya bukan dari golongan yang sabar..



tapi belajar bersabar demi orang lain..





ibu kata : "jaga hati yang lain..kalau tidak dibayar cash masa didunia..akan dapat ganjaran di akhirat sana"



dalam hati aku pulak kata : "eh..takde cash pun tak apa..sebab debit card kan ada"



Blog adalah terapi minda dan hati semasa gembira+cemas+resah dan gelisah..



Sekian sahaja kali ini.harap jumpa di lain hari







p/s: ibu aktif fb skrg..tup..tup tgk dia bukak blog jugak pasni..

Wednesday, May 5, 2010

Kucing emosi



Salam untuk semua..
kita perlu memberikan ucapan salam sebagai pembuka bicara
::cukup berlian!! jgn kau nak meraban ~


baiklah rakan-rakan..
saya kini punya banyak masa lapang..
namun masa lapang yang banyak masih belum dapat menampung kehendak hati yang sentiasa melonjak-lonjak dan terkinja-kinja mahu buat itu dan ini..

umpama kata-kata suami yang selalu dengki
" yyg nie gelojoh la, cubalah bersabar "..oops..jangan menyimpang kearah lain wahai pembaca..

Bila pulang dari tempat mencari rezeki waktu petang..
dalam hati yang sentiasa ada taman..selalu merancang untuk buat itu dan ini..
tapi..BERJAYA SENTIASA kerana lantaran emosi menonton ADAMAYA membuatkan aku rasa nak baling alat kawalan jauh televisyen ke muka MAYA yang patut direjam dengan batu sebab sengal dan tidak matang kerana sanggup curang dengan suami yang baik+kacak+kaya+anak orang kaya+juga memandu Harrier
~fuhh..emosi sungguh aku dengan drama yang sungguh drama ini





~kucing emosi nak giget maya sebab curang dengan adam ~

tapi selalu senyum sendiri..
bila dengar OST adamaya ni..teringat suami yang telah mendedikasi lagu ini dalam bukumuka kepada isterinya yang jelita ini..
"Yayang pun ada lagu nak dedidakasi juga untuk hubby"
dengar ya.


"bila izrail..datang memanggil.."
~bergurau sahaja..h

Hari-hari google cari resepi kek dan pelbagai..
beli barang-barang kek pelbagai..
siap dengan icing dan bunga-bunga for cake decoration pelbagai..
tapi langsung tak ada kepelbagaian..


itulah manusia..
ke aku je yg macam ni? ~bertanya sendiri didalam hati~
selalunya..bila ada masa lapang..
diisi dengan perkara yang berfaedah tidak berfaedah..
biarpun sebenarnya dan sebenarnya (~yuna pinjam tajuk lagu yer) kerja yang banyak menanti tapi tetap mahu tunggu tarikh luput untuk mahu siapkan.
seperti kata pepatah " mahu tercirit baru terhegeh-hegeh mencari tandas"

sekian sahaja nasihat kali ini..
moga berjumpa di lain entri


:rasa seperti mahu kahwin lagi~ngee