Saturday, March 20, 2010

:: Soalan Lazim ::

Salam..
1st of all..saya disini dengan penuh rasa terharu dari hati mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua yang telah mengingati hari jadi saya disamping
doa-doa dan harapan yang tinggi..

merujuk kepada perkara diatas
(tolonglah pn berlian..tukar format ayat yg bosan ini)
ok..doa2 dan harapan semasa hari jadi 99.9999% menjerumus kepada moga saya mendapat baby cepat2..tidak kurang juga yang menggunakan ayat cepat2 lekat..and so on.
tidak kurang juga yang call..tanpa mengucap salam dan sempat bertanya khabar..ayat pertama yang keluar "ada apa2 berita gembira ke?"..

Emph..apa ayat yang patut ada sekarang ini sejajar dengan perasaan saya..
saya baru berkahwin belum sampai 3 bulan..
saya perlu masa untuk bermanja-manja dengan sang suami..
ini tidak bermakna saya merancang..

Kalaulah perkara diatas semudah saya dapat dengan cara beli di kedai..
sekarang jugak saya pergi ke kedai..beli sepasang baby bermata biru..berkulit putih..berambut hitam dan ikal..
ceh..berkulit putih bagai..kulit gerhana ada hati nak baby berkulit putih..

mujur saya tidak mudah tertekan dengan segala pertanyaan..
saya sekarang masih lagi dalam mood honeymoon dengan sang suami..

manusia hanya mampu merancang...tuhan yang tentukan..

:: ok..nak buat tag yang k.sha bg..tapi macam malas sebab hujung minggu patut bagi lebih tumpuan pada suami ::

2 comments:

Cik Benang said...

Alamak u ols, lupa lah nak wish.
Selamat ulang tahun!

Err.. bila nak dengar berita baik?

lalalala...

Berlian yg Ceria~ said...

Cik benang..
terima kaseh lar yer..
sekali lagi kau keluarkan pertanyaan hanjeng itu..jgn tanya kenapa aku amek gunting dan potong kau skali lagi..

lalalalala