Monday, February 28, 2011

:: Natijah daripada "yang itu" -II ::

Sambungan daripada natijah buku muka yang telah menyebabkan ramai pengikut yang riak, takabbur dan tidak lupa juga secara terang-terangan menunjukkan kebodohan dengan secara tidak sengaja.
Ok-aku bukanlah daripada golongan pintar tuntas yang tidak pernah sekalipun melakukan kebodohan alam siber di bukumuka. Aku tidak terkecuali (suatu masa dahulu) sering mempamerkan status-status koya dan poyo namun aku bersyukur sebab masih lagi dipayungi sinar keinsafan cerdik akal dan minda kerana aku cepat tersedar bahawa..perkara-perkara yang disebut sebentar tadi adalah perkara yang sangat tak cool dan tanpa sedar mempamerkan kebodohan secara terang-terangan.
Berbuku muka sekarang dikatakan tuntutan masyarakat sebab mereka yang tidak mempunyai akaun buku muka dikatakan tidak "in" dan ketinggalan zaman. Juga, berbuku muka menjadi pilihan remaja untuk menambah kenalan baru sebab lebih ramai bimbo-bimbo yang comel lote tidak dinafikan memperagakan diri dengan teknik photoshoot daripada atas supaya muka nampak lebih tirus dan lebih kurus. (memang tidak dapat dinafikan)
Walaupun begitu ternyata bahawa kelebihan facebook adalah menyatukan kita dengan kenalan handai taulan yang lama waima daripada zaman cendol hingus meleleh lagi..namun, tidak lupa juga kepada beberapa perkara terkeji yang kadang-kadang buat aku berharap supaya aku boleh masukkan tangan dalam skrin laptop dan tampar empunya bukumuka laju2.
1- AWEK BIMBO BAJET HOT DAN SEKITARNYA.
tidak terlepas daripada wujudnya awek-awek bimbo yang suka snap gambar sendiri daripada atas dan edit bagi nampak glow sebelum update dalam bukumuka. tidak kurang juga awek bimbo yang kulup update status guna ayat camni "KiTa WinDhU cANGAT nGAN aWk..Dah MaMAM ke"...keadaan yang buat aku tertanya..budak ni memang dilahirkan pelat atau gagap ke..ke lidah dia pendek kena potong sebab suka sangat menipu (cerita bohong zaman hingus). Disamping status kulup, juga disertakan gambar profile rambut ala-ala paris hilton snap daripada atas yang dia fikir habes hot walhal dia tak tau sumpah aku nampak macam alien terencat kepala besar.
Ok done lah dengan awek bimbo kepala besar.
2. SHARE LINK BANGANG YANG MENYEMAKKAN PANDANGAN
Sebagai manusia, kita perlulah sentiasa berpesan-pesan sesama manusia. ingat mengingati itu adalah perkara mulia. Tetapi share link tentang perkara yang langsung tidak mencambah ilmu pengetahuan apatah lagi tak masuk dek akal adalah perkara yang patut direjam syaitonirrajimmmmm....Sebagai contoh dibanjiri dengan satu teks tentang "perempuan hamil anak tikus kerana menggunakan tuala wanita lama". try lah google sendiri aku x larat nak link kat sini bnda2 yang bebal cmnie..Sumpah aku gelak sampai rasa nak tercabut semua sendi bilamana ada makhluk bebal yang cuba mencari publisiti murahan dengan cerita macam nie..ditokok tambah dengan mereka yang ikhlas bagi komen "ish.takutnya","kesian dia"..betapa bebal nya mereka..aku x penah dengar tikus bertelur kat tuala wanita.entahlah, kalau nak cerita fakta saintifik kat sini aku malas lah pulak..sendiri lah google apa yang aku cuba sampaikan nie.
Tidak ketinggalan juga daripada golongan serbanistas dan purdahistas arab celup yang cuba untuk memesongkan orang ramai dengan cara letak video malaikat terbang kaler putih meliuk lentuk dan org ramai-ramai kagum dengan apa yang dipertontonkan.Selain daripada perkhabaran tentang ucapan salam yang digembar-gemburkan..aku terus jadik tak paham..apa sebenarnya yang korang cuba sampaikan.
Juga cerita epik dan lagenda macam cerita "kisah seram seksyen 2 shah alam" yang bilamana aku tgk adik lelaki aku yang otai pun telah menjadi sebahagian daripada mereka yang cuba share benda tuh. Entahlah, itu cerita epik yang aku sering dengar tapi aku sampai sekarang tak de maknanya nak percaya dengan carutan yang karut macam tuh..bila aku tgk komen2 pembaca sampai termimpi-mimpi and terbayang fakta carutan yabg ditulis pada facebook eh tolonglah..setakat dalam tulisan korang tak pernah mengalami tak perlulah taksub. kalau aku nak tulis cerita "pengalaman aku hang out dengan paris hilton di shah alam" aku ingat mungkin ada picisan mereka yang menggunakan kepala lutut untk berfikir akan percaya dengan segala carutan aku..
3. MEMPAMERKAN STATUS YANG MENUNJUKKAN KEBODOHAN TIDAK TERPERI
Tidak lupa kepada pameran status bangan seperti "kepada semua rakan-rakan beragama buddha, saya mengucapkan gong xi fa cai" sumpah ini adalah status bangang ever yang terpamer kebodohan tidak terperi. sudahlah my fren, hentikanlah etika dan status bodoh yang bukan sahaja memalukan diri sendiri malahan telah menconteng krayon keatas setiap makhluk di muka bumi. ataupu status bebunyi "eh kawan2. dekat ikano n ikea sekarang ni dengan suami, ikano padini ada sale lah " ini lagi satu bangang setiap tempat yang kau lawat kau nak kena post, kenapa masa berak dalam toilet kau x post"sekarang tengah nak teran, ***k nak keluar". Sibuk nak canang ada sale kat situ..ape hal bangang sangat..sale tuh dah berkurun sebulan lepas kau baru nak kecoh sekarang. Tolonglah hentikan daripada korang buat aku menyumpah kebangangan yang tidak terperi ini.
Mungkin sebahagian akan kita, eh bukumuka dia lantaklah dia nak buat apa. sekali ditegaskan semua perkara yang mungkin menunjukkan kebodohan, mungkin mencalarkan hati atau mungkin menyebabkan hasad dengki tak perlulah ditunjukkan. Ada 1000kawan dalam fren list, kalau 44 orang menyumpah kau ni "Bodo lah minah ni" aku takut kata-kata tuh makbul tak termasuk lagi berapa banyak entah semut dah kau telan, menambah ganda lagi kelembapan maka sampai bila pun kau x akan cerdik .

2 comments:

Unknown said...

leh emo dan panas..haha..

p/s:bulan 3 sudah mari..sudah tua kita ye..hehehe

Berlian yg Ceria~ said...

toyo : ahhahhah...tulah..panas btol..

p/s : bulan 3 mmg dah mari..tp yg tua tuh awk sorg yer..xde kene mengena dgn yg lain.hehehehe