Wednesday, August 19, 2009

::Manusia dan Yong Tau Fu::


yONG tau Fu..
sejenis makanan rebus-rebusan yang biasa dan mudah didapati drpd pasar2 malam..

Yong Tau Fu dan Manusia..
ada sedikit persamaan biar berbeza rupa.

Yong Tau fu..
Pelbagai jenis dgn rasa yang berlainan..
biarpun direbus dlm satu periuk yg sama..

Sama seperti manusia..
Pelbagai rupa dan fikiran..
biar pun duduk di satu bumi dan mengambil sumber mknan yang sama..

SITUASI 1

kes H1N1, biarpun didada akhbar tertulis angka kematian yg meningkat setiap hari disusuli dengan peningkatan yang dijangkiti..
Namun, rakyat malaysia masih santai dan bersikap biasa.

Di pasar malam
Lelaki 1 : EH mONA (BKAN NAMA SEBENAR) bukan ko kene kuarantin ke?
Mona : haah..(sambil tersenyum tidak bersalah)..
Lelaki 2 : Dah tuh, naper ko keluar..x pakai mask plak tuh
Mona : Lapar..Mask hilanglah..x tau letak maner..

Aku terkesima..Kaget..
monolog dalaman "nasib baek aku pkai mask..aku penampar minah ni baru tau"

: itulah manusia, x ubah seperti yong tau fu, rupa berbeza biarpun dlm satu pinggan yang sama, tetap mempunyai rs yg berbeza..Manusia, rupa berbeza..hidup di satu bumi yg sama dengan fikiran yg berbeza..


Yong tau fu yang ada kat depan aku nie, beransur sejuk.
makin lama makin sejuk..makin x sedap..Makin Hambar dan semakin dipandang sepi..

SITUASI 2

Ayat biasa yang kita dengar :"biasalah benda lama, mmg x hirau dah"
Manusia mudah berubah, mungkin kerana peredaran masa dan kitaran hidup manusia,
Semua berubah dlm tanpa kita sedari,
ayat clihe manusia umpama bertanam tebu di tepi bibir..
x perlu kita sebut walhal kita tau kita bukan begitu..
"u jgn samakan i dgn lelaki lain"..ahh..lelaki..bukan hanya lelaki, wanita juga begitu.

Perbualan ditelefon (awal perkenalan)

Perempuan : Hello..
Lelaki : Naper lmbat kol i nie..x rindu kat i ke?
Perempuan : klakar lar u nie yang..kita baru jer gayut 1/2 jam td

Perbualan telefon (Setelah beberapa bulan)

Perempuan : Hello..yang..
Lelaki : Hello..ha, ada ape kol i ni?

Lelaki atau wanita.. x ada beznya..
kerana kita manusia..dan kita mudah lupa..
Sama seperti yong tau fu, kita mkn dgn penuh selera..dipuji berkali-kali..Semasa masih panas dan baru dibeli..
Manusia,awal perkenalan, kita disanjung,dipuja dan dipuji bertubi-tubi..
Semakin lama semakin hambar dan semakin dipandang sepi..


Saya tidak layak untuk menilai, kerana kita semua sama tak ada bezanya...


nota kaki: sorry lar yong tau fu, kau dah x sedap lg

2 comments:

Gina said...

Welcome Ramadan
Walk humbly
Talk politely
Dress neatly
Treat kindly
Pray attentively
Donate generously
May ALLAH bless & protect you…

NuVo!! said...

LAPOR YONG TAU FU LA TU...SAT NAK CHECK POKET...

SAMBIL2 TU TGK VIDEO NI DULU

http://www.youtube.com/watch?v=iJ56z_14_EA&layer_token=de37d16cc8bc9955