Sunday, February 13, 2011

:: Natijah daripada "yang itu" ::

Salam semua...
dah berapa purnama...blog ni bersarang..
bukan tiada pengisian...cuma keadaan tidak mengizinkan..
entri kali ni cik kiah..mak beee n pak mail sekaliann...."yang itu" merujuk kepada sesuatu yang semua ada...dan mungkin hanya picisan yang tertinggal atau masih berhibernasi di bawah tempurung besi dan kurang mengikuti arus permodenan atau tidak suka bersosial...ok lah ...yang itu merujuk kepada buku muka aka fb yang digembur akan ditutup pada 15 mac ni..
entahlah yer..sejak aku rs dah 4 thn kot aku bergelumang dengan buku muka..dah tegar sangat dengan gemburan-gemburan berita sensasi buku muka akan ditutup..
Namun!!!! ini bukan apa yang akan kita sebutkan di entri kali ini...

Baiklah cik jah..pagi-pagi ni...buku muka pada saya..lately..semakin membosankan..mungkin kebelakangan dan kedepangan ini bertwiitttt lebih fun berbanding menghadap buku muka dan tanpa secara tidak sengaja buku muka telah banyak menukar ramai penggunanya menjadi semakin bermuka-muka..lantaran terlalu free pada pagi isnin yang indah dengan burung berkicau dan secawan kopi..ingin lah saya senaraikan apa yang selalu aku rasa sangat tidak coooll terhadap segelintir pengguna..

1. Update status selang beberapa hembusan nafas sekali

Inilah spesis yang paling tidak digemari...
contoh : " sekarang tengah tengok tv", belum sempat aku tarik nafas...pap!!! keluar lagi satu ni haaa hupdate daripada kak limah (bukan nama sebenar)..."boringlah pulak..rasa macam nak buat karipap"...ok fine, nak tunjuk dia pandai buat karipap demi mengisi masa senggang yang memang agak lengang...belum sempat aku tarik nafas dah hupdate lagi..."masuk dapur nampak periuk tanah liat hubby beli daripada over the sea..terus rasa rindu".....
(Konklusi daripada hupdate status - rumah kak limah ada tv, dia rajin dan pandai buat karipada semasa senang, dan suami dia pernah pergi over the sea lantas menghadiahkan periuk tanah liat buat penghilang rindu)

Semput aku dibuatnya...dengan gigih terus sorokkan dia dari dinding..terus...sempatlah saya bernafas...


2. Update status sikit agak pun dia tak ada
Ini juga ada perkara luar tabii yang perlu kita kita lupuskan
Beberapa perkara luar tabii yang ada segelintir yang mungkin di alami oleh mereka yang tergelincir kewarasan akal..hupdate status sikit agak pun tak ada..
contoh :
"aaaauuuuwwwwwwwww.....hubby baring atas riba..geli lah..geli lah"(edit sikit)
(status habis lucah...nak canang pada semua..hubby dia suka geli masa baring atas riba)
" eeehhhhh....hubby...bagi bunga sempena sebulan kami halal bergeli-geli" (edit sikit)
( status habis koya rasa macam nak tanya aje..ni dah 3-4 bulan halal geli2 dapat ke sekebun bunga daripada hubby?)
Maka status-status berunsur dalam kelambu pn jenab..rasanya biar ajelah dalam kelambu...beragaklah sikit..orang lain tak perlu tahu bila masa korang laki bini bergelia-gelian..
3. Status yang koya menjerumus kearah "RIAK DAN TAKBUR"
Ok lah cik senah...saya ni bukanlah ustazah..kadang-kadang tak terlepas daripada terkucil dari landasan yan lurus..namun, sebagai manusia yang dikurnia akal yang boleh berfikir, maka lebih baiklah andai tidak menghupdate status berunsur koya yang menjerumus kearah sifat riak dan takabburrr...
contoh :
" yay....hubby belikan BERIHITAM baru" (siap caps lock ni haa berihitam tu..motif?)
" aaaahhhhh.....dapat hadiah permata berlian bling-bling..hubby bagi..siap tag kawan2 ni haaa...sambil cakap..korang jangan jeles..." (motifff tag mengetag?)
sudah-sudahlah senah dan kiah...orang tak nak tau..rasa tak perlu nak canang...kalau ada dalam hati..nak riak dan takabbbur pada semua..dosa senaaahhhhh ooooiii...
4. Status sedih dirundung malang
Tidak kurang juga yang bermuram durja yang menjadikan buku muka sebagai paltform untuk menagih kasih dan simpati bagi mengurangkan resah gulana dalam diri..tapi cik pah..kadang-kadang benda tuh datang daripada diri sendiri yang menggodek mencari masalah..lepas tu..hupdate kesedihan yang sama berulang kali.....sampai rasa..aduhai dia nie..masalah yang sama lagi..tapi kadang-kadang..setakat masalah picisan..setakat..
contoh :
" muntah-muntah..terkena buatan suami" , update lagi " arini muntah2 lagi" esok pun dia muntah lagi..muntah lagi...dan lagi dan lagi " saya tak lalu makan..kesiankan kawan2"..
(masalah picisan yang buat aku terus sorok dia dari dinding sebab aku ada masalah projek juta-juta untuk difikirkan)
Cukuplah sekadar beberapa contoh hupdate jengkel yang memberi natijah kepada orang lain..sebab bakal menambah dosa sebab termengata akibat jengkel membaca hupdate yang sangat membabi buta..
Namun,buku muka banyak bagi kesan positif..tapi lain hari lah saya cerita..sebab dah rasa longlai kekurang nutrient dan tenaga..lantaran terbakar banyak kalori ketika menaip..
sekian..tinta daripada dinda..
waaaahhhhhh........

5 comments:

Unknown said...

hahaha..emo..^^,

Berlian yg Ceria~ said...

teremo lah pulak..;D

sweetlavender said...

y status hb baring atas peha tu,asenye mcm penah bc kat fb sape..hahah

Berlian yg Ceria~ said...

sweet lavender :
xyah lah kita nak mention fb saper2 kan..cuma kita xyah nak menjerumus kearah itu..

Ayu Rashid said...

aku kagum ngan ko nyah... gigih sungguh menaip! *ni sesuai jadik PA buat minit mesyuarat...muahahhahaha!