Salam untuk semua..
ahh..lapar..
owh saya kini sedang berperang untuk melawan nafsu makan..
gigih berperang untuk melawan perasaan untuk makan..makan dan makan lagi setiap masa..
dan selalunya saya akan kalah..tapi hari ini tidak lagi (begitu tinggi semangat!!) kerana saya sudah buat keputusan untuk tidak makan dengan cara update blog supaya masa yang digunakan untuk sentiasa makan..saya tidak makan.
(Haahah..cuba korang semua kira berapa banyak perkataan makan? ooohh..menaip perkataan makan membuatkan saya rasa betul-betul nak makan)
ok..sambil berperang..saya teringat memori silam sewaktu kecil..
entah kenapa dulu semasa proses menginjak dewasa..saya sangat kurus..juga boleh termasuk dalam kategori huduh!!
dulu saya hitam (sekarang ni sedikit cerah), terlalu kurus , bercermin mata (saya memakai cermin mata seawal darjah enam..memang sengaja tengok tv dekat-dekat supaya rabun sebab dalam pikiran masa tu pemakaian cermin mata menyebabkan seseorang nampak~ educated dan pandai )..
Tiba-tiba..dammiiit!!!!
teringat dulu yang begitu kurus..mengapa kini bertukar saiz?
ceh..ini semua kerana perubahan gaya pemakanan yang tidak teratur lantaran terlalu sibuk semasa berada di universita (tipuu!! kau jangan bagi alasan~berkata sendiri)
aisehh!! tiba-tiba dengan tidak semena-mena aku teringat mee siput makcik depan sekolah menengah yang aku selalu beli lepas balik sekolah..
tersenyum sendiri..
teringat dulu-dulu..waktu usia kanak-kanak sekolah rendah..dimana aku selalu beli mee siput letak sambal tumis ikan bilis..makan sebelum masuk kelas sekolah agama, tiba-tiba loceng sekolah bunyi menandakan kelas akan bermula..ohh mann!! tak sempat nak habis, terpaksa simpan saki baki mee siput lengkap kuah sambal tumis dalam kocek.. bila balik ibu marah-marah sebab kesan minyak sambal tumis dalam kocek baju kurung susah nak hilang
(kalaulah masa tuh dah ada iklan sabun breeze " biar terkena kotoran demi pengalaman" mesti aku tak kena marah )
maaflah..
sekali lagi aku gagal..
kini pelbagai menu berada di fikiran..
sudah tidak sabar..bye!!!!
p/s : kalau ini adalah karangan untuk peperiksaan sekolah..mesti aku dapat markah rendah sebab karangan tak de isi...hahahahah
this will be part of my ways to show you how i really feel inside
Sunday, April 11, 2010
Saturday, March 20, 2010
:: Soalan Lazim ::
Salam..
1st of all..saya disini dengan penuh rasa terharu dari hati mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua yang telah mengingati hari jadi saya disamping
doa-doa dan harapan yang tinggi..
merujuk kepada perkara diatas
(tolonglah pn berlian..tukar format ayat yg bosan ini)
ok..doa2 dan harapan semasa hari jadi 99.9999% menjerumus kepada moga saya mendapat baby cepat2..tidak kurang juga yang menggunakan ayat cepat2 lekat..and so on.
tidak kurang juga yang call..tanpa mengucap salam dan sempat bertanya khabar..ayat pertama yang keluar "ada apa2 berita gembira ke?"..
Emph..apa ayat yang patut ada sekarang ini sejajar dengan perasaan saya..
saya baru berkahwin belum sampai 3 bulan..
saya perlu masa untuk bermanja-manja dengan sang suami..
ini tidak bermakna saya merancang..
Kalaulah perkara diatas semudah saya dapat dengan cara beli di kedai..
sekarang jugak saya pergi ke kedai..beli sepasang baby bermata biru..berkulit putih..berambut hitam dan ikal..
ceh..berkulit putih bagai..kulit gerhana ada hati nak baby berkulit putih..
mujur saya tidak mudah tertekan dengan segala pertanyaan..
saya sekarang masih lagi dalam mood honeymoon dengan sang suami..
manusia hanya mampu merancang...tuhan yang tentukan..
:: ok..nak buat tag yang k.sha bg..tapi macam malas sebab hujung minggu patut bagi lebih tumpuan pada suami ::

Thursday, February 25, 2010
:: seribu kata ::
aku mungkin diam bila sedih..senyum bila suka..ketawa bila gembira..
ini memang aku..
tapi still ada orang tanya..pernah ke aku diam?
hahahahha..aku memang kuat bercakap..benda yang aku tak perlu cakap pun..kadang-kadang aku cakap..
tapi tak semestinya aku sentiasa bercakap aku tak pernah rasa sedih..
aku ni ada hati tau..hati aku sama macam hati kamu-kamu semua..
maka ini memberi maksud hati aku bukan dibina daripada konkrit keras mahupun besi yang tak mudah rapuh mahupun retak..
hati aku mungkin aku boleh umpama sebagai kaca..yang lutsinar dan sentiasa bersinar
(maknanya aku ni berhati suci~)
hati aku umpama kaca yang senang tercalar..tapi hati aku yang tercalar susah hendak dikesan..kerana hati aku umpama kaca..
baiklah..betul-betul banyak pening dengan hati yang umpama kaca..
oleh kerana hati saya umpama kaca..maka tidak bermakna hati saya mudah digilap menggunakan glass cleaner..
oklah..saya hanya cuba untuk menyuarakan dan menjawab persoalan seorang teman yang bertanya pernah ke saya bersedih...teman..aku ini hanyalah insan kerdil yang punya hati biarpun umpama kaca...

Monday, February 8, 2010
:: All New ::

Salam..
sorry..memang mengaku lama dah blog nie terbiar sepi..
anyway..aku kini dengan status baru..status baru yang membuatkan aku lebih terarah kedepan dan lebih tenang..
Semuanya baru..
keadaan cara hidup yang baru..tanggungjawab yang baru..tempat tinggal baru..semuanya baru..
kalau dulu balik kerja boleh terus merayap untuk berjimba-jimba..sekarang tidak lagi..tepat 5.30..terus ketip kad kedatangan..masuk kereta ondaway nak balik dah mula berfikir nak masak apa..
(eheheh..kunun2 nak bagitau yang aku memang rajin masak hari-hari)
Semuanya baru..
yang paling ketara aku noticed lepas bertukar status ini adalah..serius handphone aku senyap sunyi..
kelakar pun ada rasa..serius senyap..aku pun hairan mana pergi orang yang selalu buat handphone aku tuh berbunyi menghilangkan diri.kalau dulu..mana aku pergi..even masuk kitchen pun phone still aku pegang..sekarang nie..balik kerja kalau phone dalam handbag..sampai bila2 lar phone tu akan still kat situ..entahlar..orang kata itu memamg sindrom / penyakit orang perempuan lepas kahwin..
Anyway..nanti kalau sempat aku upload banyak pic kahwin and hneymoon..tengoklah kalau sempat..
(ayat kalau sempat macamlah aku ada anak 10 orang yang perlu aku susukan)
Till then..adios
Friday, December 18, 2009
:: Pergi dan Kembali dgn dua "title" yg berbeza::
ok...aku dah lama tak update..
lately sangat buzy..sampai makan pun tak sempat
(boleh ke percaya aku yang bulat ni tak sempat nak makan?)
Tinggal lagi seminggu sebelum aku bertukar title..
bila orang tanya.."camne perasaan?", dengan penuh yakin aku akan jawab..
"ala..biasa jer.."..ok, itu sebenarnya aku tipu walhal dalam hati kembang kempis dadaku (macam lirik lagu ketika cinta bertasbih)..-aku musykil macam mana dada boleh mengembang dan mengempis?-
Aku sebenarnya baru sampai rumah semalam..ok fine aku dah start cuti bagi menanti hari bahagia..
bangun pagi ini..kedengaran alunan merdu suara ibu kejut aku bangun dari tidur beberapa kali bermula dari jam 7 pagi dan akhirnya aku bangun pada jam 10.30 pagi..
(ok..jam 10.30 pagi tu u guys can imagine betapa merdunya suara ibu mengejutkan aku bangun tidur
oklah..aku pun dah tak ada idea nak tulis..nnt update lg!!

Thursday, November 19, 2009
:: Gambar mungkin mampu untuk Bersuara ::
Sesuatu yang tidak perlu aku ungkapkan..
mahupun dengan segugus ayat (bole ke segugus? cam anggur je)
kerana gambar yang aku pamerkan..
mampu untuk pamerkan keadaan..
ada benda yang tidak perlu dan tidak mungkin dapat kita luahkan..

p/s: sedikit terhibur melihat telatah ahmad kasan..(apa? x kenal ahmad kasan? sila tonton macam-macam aznil..sumpah!! dia sangat comel)

:: Habislah kau si bulat!! ::
DEM!! few days aku selalu rasa nak mengunyah..
sampai ada kereta lalu sebelah pon aku rasa nak kunyah (ok, aku tipu)
Tapi betul2 nie, serius..tiada yang lebih serius melainkan yang serius belaka..
yer..aku tau aku susah nak serius..tp betul kali ni aku serius
(sudah lar dengan word serius itu..)
aku few days, selalu dan cepat berasa lapar..
2,3 jam usai sudah aku melaksanakan tanggungjawab untuk memberi tenaga kepada tubuh badan..aku masih kebulur..
sentiasa makan..makan..makan..dan makan lagi..
Mungkinkah kerana aku kini gembira demi meniti hari-hari bahagia (mungkin..ini kita boleh lihat dari sudut cerah)
sampaikan satu tahap aku boleh dengar satu suara berbisik di telinga
" habislah kau bulat..jangan kau mimpi badan dambaan seperti Hanis Zalikha kalau kau melantak macam esok kau dah tak lalu makan"
Saper Hanis Zalikha? DEM korg tak kenal budak hot camtuh..google Hanis Zalikha sekarang..dan kepada yang gugurl (comel sgt gugurl) pasti akan sentiasa mengharapkan kaki seruncing dia..
(Hanis Zalikha, sila terima kasih kepada aku kerana telah mempromote kamu biarpun maklum kamu sememangnya bintang)
Aku tak pasti masalah penghadaman aku yang sentiasa mengharapkan sesuatu untuk dimakan..
Selalu sebelum tidur aku akan menyimpan niat..
"ok..esok kita start diet demi menjelang hari bahagia"
esoknya aku pasrah bila ternampak makaroni goreng restoran sidah..sampai terbayang kerang dalam makaroni menari memanggil untuk dimakan..
mungkinkah nyamuk dalam rumah aku ini juga mengalami sindrom asyik lapar seperti aku..sebab daripada tadi begitu gigih menghisap darah aku yang manis ini..
(siot kau nyamuk..sumpah lepas aku habis tulis belog ini aku spray kau guna fumakila)
Sekian sahajalah entri aku kali ini..moga kita berjumpa di entri yang akan datang..
p/s : tiba-tiba teringat kacang kuda (sila sebut "kacang kudee" gigi bawah kedepan kan sikit macam kak anje buat kat aku tadi : maaflah tiada gambar sebagai contoh)

:: sumpah memang gedik gambar ni :: -jangan selalu main sumpah nanti kena panah petir

Subscribe to:
Posts (Atom)