Saturday, January 31, 2009

:: RENTETAN DARI ENTRY AIXAT ::

INI SEBENARNYA BUKANLAH SUATU RENTETAN..

ini sebenarnya adalah entry tentang adam-hawa
entry ini dihasilkan setelah aku terbaca entry Aixat (seorg kawan lama di IPTA dulu yg menaiki motor TZM dan rupa ala2 fahrin ahmad)

Hmph..aku terpana dan terkesima sebentar bila membaca entry yang dikeluarkan bertajuk ADAM-HAWA metropolitan..

telah termaktub bahawa hawa dijadikan daripada tulang rusuk adam..
manusia diciptakan berpasang-pasangan..
adam diciptakan terlebih dahulu sebelum hawa..diberi akal,ego dan kekuatan yg bertindak sebagai peneman,pelengkap dan penjaga hawa..
tapi kelebihan yg diberi semakin disalah erti..
dalam erti kata lain wanita sering dianggap lemah dan dianggap gula-gula oleh sebahagian lelaki dayus..

oh..maaf entri ini dbuat bukanlah untuk menunding jari menunjukkan kelemahan dan kebodohan seorg lelaki..
Wanita bukanlah ciptaan tuhan yg lemah..wanita diciptakan dengan sifat keayuan+lemah lembut dan sifat keibuan..

dan oleh kerana sifat itu..wanita sering terpedaya dengan hasutan lelaki gondol yg sering menabur janji palsu..
Aku teringat sebentar tentang perbualan aku dengan beberapa rakan sekerja 2-3 hari yang lepas di sebuah kedai mkn..
Perbualan yg berkisar tentang selepas dan sesudah berkahwin..
jelas menunjukkan bahawa lelaki adalah manusia yang hipokrit..

X perlulah aku jelaskan apa perbualan yg aku maksudkan..
Mungkin x semua lelaki begitu..aku percaya ada lelaki yang masih punya kewarasan hati dan perasaan..tapi 90% apa yang berlaku pada diri sendiri dan hasil penelitian persekitaran..Itulah lelaki..

Lelaki sering berjanji..dan wanita sering terpedaya dengan janji lelaki..
aku pernah mengalami beberapa situasi tapi masih lagi mudah terpedaya dengan janji lelaki..

Entry ini juga mengingatkan aku kepada kejadian yang menimpa seorg kenalan;


seorang suami kini terlantar sakit akibat kemalangan..
lumpuh..terbaring..dan tidak mampu menunaikan tanggungjawab sebagai seorang suami dari segi zahir dan batin..
isteri yang taat masih lagi setia menemani si suami sedangkan si isteri masih lagi seorang sunti yang baru berumur 28 thn..
Malapetaka berlaku seminggu selepas mereka disatukan sebagai suami dan isteri yang sah..
atas dasar cinta dan taat setia kepada suami..si isteri masih tegar menjaga si suami yg dalam keadaan terlantar biarpun keluarga menentang dan memaksanya untuk menuntut cerai..

si isteri tabah menjaga siang dan malam..bersengkang mata mengambil upah menjahit sebagai pendapatan tambahan dan membiayai perbelanjaan perubatan si suami..
Diizinkan Allah..si suami sembuh dan sihat menjalani kehidupan seperti biasa setelah 3 tahun rumahtangga mereka diduga..

mereka menjalani kehidupan selama setahun seperti biasa..
ditakdirkan tuhan..setelah setahun mereka masih belum dikurniakan cahaya mata..
pemeriksaan dibuat menunjukkan bahawa rahim si isteri tidak kuat dan sukar baginya untuk mengandung..si suami mula resah..asakan dr keluarga pihak lelaki mula mengusai dirinya..si suami mula menunjukkan keegoannya..

Talak 3 dijatuhkan kepada si isteri..dengan alasan si suami, si isteri tidak mampu untuk memberi zuriat dan tidak mampu untuk menjaga dan memberi kebahagiaan kepada dirinya..

Itulah lelaki dan itulah wanita..
hanya kerana si isteri sukar untuk mengandung..dia dituduh tidak mampu untuk memberi kebahagiaan kepada si suami..

:: hmph..renungkanlah..

2 comments:

linda aka konda said...

kuang hajo punye lelaki tuh..
bak sini alamat die..
aku nak pegi tumbuk mke die..
baru padan..
eh..tibe2 emo..sowi..hakhak

faizal said...

salam.. hait.. best kerr tgk movie kt bkt tinggi sabtu hr 2??? haha.. kantoi... tgk movie pehh??